KG AWAH (KA)AGROFARM

TANJUNG PERANG,KG AWAH,MARAN

No Tel:-0139515858(perus)

0139247824(hana)

0139044681(lie)

solehah_hanaz@yahoo.com (YM)

hanaz4582@gmail.com

Isnin, 18 Januari 2010

HANIS TURUT MEMBANTU DIKANDANG..HEEHHE



salam sejahtera..
Alhamdullilah anak kami turut berminat utk membantu umi n abi dia kat kandang..mula-mula dia takut jgk dengan kambing..skg dah ok..siap cium lagi..hehehe..
ni hanis tengah isi air dalam bekas minuman kambing..

Rabu, 13 Januari 2010

PENGUMPULAN DATA PENTERNAK DI NEGERI PAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada penternak-penternak kambing diharap dapat membantu sy untuk mengumpul profail penternak di negeri pahang...(negeri lain juga dialu-alukan)...lagi bagus..
Tujuan saya adalah untuk mewujudkan satu jaringan sesama penternak disambing dapat berkongsi pengalaman serta membantu penternak-penternak dalam memperolehi sesuatu yang terlibat dalam dunia ternakan.Sebagai contoh terdapat penternak yang menjual pallet,em,garam dll dapatlah disebarkan kepada penternak yag lain..Dimana dapat matfaatkan info yang kita ada kepada penternak2 lain...

Selain itu dengan adanya jaringan sesama penternak kita dapat mewujudkan rangkaian bagi memenuhi permintaan pasaran yang kadang kala tidak mampu ditanggung oleh penternak2 kecil(mcm kaagrofarm ni lah)..hehehehehe...so ni secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penternak-penternak dan menjalinkan satu hubungan silaturahim..Insyallah...

Diharapkan tujuan murni saya ini dapat disokong oleh penternak-penternak.Harap dapat meninggalkan nama syarikat/pemilik,alamat dan no tel di blog saya ini.Sekiranya tuan2 mempunyai blog/web sendiri harapn dapat juga dimaklumkan.Ini bagi memudahkan info2 berkaitan ternakan dapat disampaikan.

Semoga kita semua berjaya dalam dunia ternakan ini dan dirahmati yang MAHA ESA..amin...

Ahad, 10 Januari 2010

10 EKOR ANAK KMBG BONUS TAHUN BARU LAGI












Salam sejahtera...

Mingu lepas kaagrofarm menyambut 10 ekor lagi kelahiran baru anak kmbg...comel2 semuanya...kmbg2 ni mcm berjanji je nak beranak....hehehe...
skg ni kaagrofarm ada 19 ekor anak kmbg..terdapat juga yang berat 3 kg lebih..ada yang dah berusi seminggu tapi badan cepat besar..cukup susu ibunya kot..hehehe..wbgmnpun ada juga yang tak cukup susu...so terpaksa bg susu tambahan..10ml habis tuk sekor anak kmbg je..kuat dia minum..kalah anak org..hehehe...

Ahad, 3 Januari 2010

4 ekor kelahiran menyambut tahun 2010



Salam sejahtera..

Tahun 2010 disambut dengan 4 kelahiran baru yang cute..
1hb disambut dengan 2 kelahiran
2 hb lahir lagi 2 ekor anak kambing..
semuanya chat2..
kambing boer-anak kembar 2 betina.
Coklat-1 ekor anak jantan
kambing kampung-1 ekor anak betina
alhamdullilah...

5 EKOR KELAHIRAN DIAKHIR 2009





salam sejahtera...

Penghujung 2009 diraikan dengan 5 ekor kelahiran anak kambing yang comel2..
alhamdullilah semua selamat..bertambah ceria kandang dengan suara2 anak kambing baru..hehehe...

Hitam-anak kembar..jantan n betina
Boer Putih-anak jantan
boer kacuk-anak betina
Jamnapari-anak jantan