KG AWAH (KA)AGROFARM

TANJUNG PERANG,KG AWAH,MARAN

No Tel:-0139515858(perus)

0139247824(hana)

0139044681(lie)

solehah_hanaz@yahoo.com (YM)

hanaz4582@gmail.com

Selasa, 17 November 2009

PARASIT TERNAKAN KAMBING

PARASIT TERNAKAN KAMBING

Mengenali Parasit
Parasit merupakan antara musuh utama ternakan kambing. Kehadiran parasit menyebabkan ternakan mengalami gangguan terhadap sistem pemakanan dan penghadaman makanan (seperti hilang selera makan dan mengalami ceret beret). Sesetengah parasit yang hidup dengan menghisap darah ternakan pula akan mengganggu dan melemahkan fungsi organ dalaman ternakan (akibat gangguan terhadap bekalan darah dan oksigen). Secara umumnya, kehadiran parasit akan melemahkan sistem imuniti ternakan terhadap serangan penyakit, mengakibatkan ternakan menjadi lemah dan gagal respons terhadap sebarang rawatan yang diberikan, dan akhirnya boleh membawa maut.

Parasit boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan kehadirannya pada ternakan:
1. Parasit luaran – kutu dan fungi (penyebab kurap)
2. Parasit dalaman – pelbagai jenis cacing, coccidia, dll.

Parasit luaran - kutu dan fungi
Kutu dan fungi merupakan parasit yang menginap pada kulit ternakan, kutu hidup dengan menghisap darah ternakan tersebut.
Kehadiran kutu dapat dilihat dari keadaan luaran ternakan iaitu:
1. kulit menggelupas
2. ternakan kambing akan tergaru-garu menyebabkan bulu kelihatan tidak kemas, tanggal dan menjadi tipis.

Kesan-kesan serangan fungi pula menyebabkan kurap iaitu kulit berkuping-kuping, mengeras dan merekah. Kurap boleh membawa maut jika tidak dirawat, terutama jika terkena pada bahagian muka, iaitu di sekeliling mata dan mulut, sehingga mengganggu pergerakan dan pemakanan.
Ubat-ubatan: ivermectin, cidectin, dectomax, dll


Parasit dalaman

1. Coccidia
Coccidia merupakan sejenis protozoa (organisma bersel tunggal) yang menghuni perut ternakan kambing. Dalam keadaan biasa, coccidia tidak memberi ancaman kepada ternakan, malah membantu dalam pemprosesan dan pencernaan makanan di dalam perut ternakan. Tetapi apabila populasinya berlebihan dari paras normal, atau apabila kambing memakan dedaun dan makanan tertentu, ia menjadi terlalu aktif dan menyebabkan ternakan mengalami ceret beret yang akut, menjadi lemah dan seterusnya membawa maut.



Bagaimana mengelakkan serangan cocccidia?
Untuk mengelakkan coccidiosis (serangan coccidia), elakkan daripada mengubah amalan pemakanan ternakan secara mendadak. Ternakan kambing alah kepada pertukaran mendadak jenis palet dan dedaun. Jika pertukaran perlu dibuat, palet atau dedaun yang baru harus diberi dalam kuantiti yang kecil dan ditambah secara berdikit-dikit. Elakkan dedaun/rumput yang mengandungi terlalu banyak air.

Juga amalkan memberi cecair anti-coccidiosis di dalam minuman ternakan secara berkala, misalnya sekali dalam sebulan. Cecair anti-coccidiosis merupakan campuran berasaskan sulfur dan lain-lain bahan. Antaranya adalah ‘sulphaquinoxaline’, sulphadiminidine, dll. (Nota: kandang yang dilengkapi dengan sistem paip minuman menggunakan 'nipple drinker' adalah sangat sesuai untuk amalan ini, di mana cecair anti-coccidisis boleh dimasukkan ke dalam tangki minuman secara berkala (iaitu sekali sebulan).


2. Cacing

a. Kumpulan 1:
Terdapat pelbagai jenis cacing yang selalu menyerang ternakan iaitu:
1. Barbers pole worm (Haemonchus contortus)
2. Black scour worm (Trichostrongylus species)
3. Brown stomach worm (Ostertagia species)


Rawatan:
Ubat-ubatan yang dicadangkan:
1. Ubat suntikan dari famili "Mectins" - ivermectin, ivocip, dectomax, dll
2. Cidectin - cecair sapuan pada kulit ternakan

b. Kumpulan 2:
Selain dari cacing biasa, terdapat juga cacing berikut yang agak jarang ditemui, tetapi boleh juga merupakan ancaman kepada kambing yang diternak di lokasi tertentu di negara kita umpamanya di kawasan yang terlalu lembab, iaitu:
1. Nodule worm (Oesophagostomum spp)
2. Small lung worm (Muellerius cappillaris)
3. Tape worm (Monezia species) / cacing pita
4. Liver fluke (Fasciola hepatica) / cacing hati
5. Stomach fluke (Paramphistomum species)
6. Thin necked intestinal worm (Nematodirus)

Cacing hati biasanya datang dari rumput yang dimakan oleh ternakan. Rumput Napier yang tumbuh di persekitaran yang lembab dan berair berkemungkinan akan ditumpangi oleh sejenis siput halus yang menjadi perumah bagi cacing hati (liver fluke). Cacing hati ini akan berpindah ke dalam ternakan kambing apabila kambing tersebut memakan rumput dan seterusnya cacing ini akan meneruskan hidupnya dan membiak di dalam organ hati ternakan yang dijangkiti itu.

Rawatan
Ubat-ubatan yang dicadangkan untuk kumpulan cacing di atas:
1. NILZAN Broadspetrum
2. CHAN Broadspectrum

Pencegahan
Sebagai langkah pencegahan, adalah dicadangkan supaya ubat-ubat dari kedua kumpulan di atas diberikan secara sekali gus kepada kesemua ternakan di kandang dan secara berkala, contohnya sekali setiap 3 bulan. Pemberian ubat harus tidak kurang dari dos yang ditetapkan. Pemberian secara 'underdose' boleh menyebabkan cacing membina daya ketahanan terhadap ubat yang diberikan.

SENARAI UBAT UNTUK KAMBING

Senarai Ubat-ubatan Asas Yang Perlu

1. Antibiotik - Ubat selsema, murung dsb
Contoh: Teramycin LA

Antibiotik merupakan ubat asas bagi penyakit berkaitan selsema dan apabila kambing anda menunjukkan simptom dihinggapi penyakit seperti kurang cergas, kurang selera makan, murung dsb.

Antara jenis antibiotik yang popular adalah Terramycin/LA.

2. Iodin - Ubat luka

Iodin merupakan ubat luka, sesuai bagi bagi luka-luka biasa sahaja. Walau bagaimanapun, ia tidak efektif untuk luka-luka berulat. Disapu atau disembur terus pada bahagian anggota yang luka.

3. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan.


4. Tetravet - Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


5. Cidectin (Pour-On) - Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang boleh menyebabkan ternakan kambing sering mengalami ceret beret dan akhirnya menjadi kurus kering. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang untuk tempoh 1 -2 minggu.


7. Scourban Plus - Ubat ceret beret

Ia adalah sejenis ubat dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral.

RAWATAN TRADISIONAL KAMBING

Rawatan Tradisional untuk Puru, Selsema dan Batu Karang
Sakit Puru

Sakit puru pada kambing boleh dirawat dengan cara tradisional dengan menggunakan cuka makan. Secara klinikal titiskan ubat cydectin pada puru dengan dos yang tepat. Merbahaya jika diberi secara berlebihan.


Selsema

Selsema pula buat dicegah denagn pemberian antibiotik. Secara tradisional, daun Mulberry boleh diberikan kepada kambing (kecuali kambing betina yang bunting).



Batu Karang

Salah satu risiko kambing jantan fidlot adalah sakit batu karang. Samada ianya karang buah pinggang, pundi kencing atau pada salur kencing, potensi itu tetap boleh berlaku. Lebih-lebih lagi jika diet utama kambing adalah pallet 100%. Untuk mengelakkannya, berikan kambing diet yang seimbang dan banyakkan beri makan forage.

Karang terjadi bila ph air kencing meningkat, ataupun dengan faktor chemical dalam badan kambing, mengakibatkan kandungan mineral terikat membentuk kristal dan jika dibiarkan akan menjadi batu pejal.

Kambing yang disembelih ketika sedang menderita sakit karang pada peringkat teruk, berkemugkinan mempunyai daging yang berbau air kencing. Lebih-lebih lagi jika daging tersebut disimpan sejuk beku.


Tanda-tanda batu karang

a. Kambing tidak makan, asyik berdiri yang berterusan
b. Kambing kelihatan mengerang dan pernafasan lebih cepat dari biasa
c. Kencing hanya secara menitis. Atau tidak kencing langsung seharian
d. Pundi kencing dapat dikesan telah membesar dan keras
e. Apabila sudah teruk, kambing menjadilemah dan sukar untuk bangun

Langkah Pencegahan

a. Pastikan ratio antara kalsium dan phosporos di dalam diet adalah 2 : 1
b. Pastikan air minum kambing sentiasa bersih
c. Jangan bagi makan terlalu banyak pallet atau bijirin
d. Tambah 3 – 4 % kandungan garam ke dalam bekalan air minum
e. Masukkan 0.5 – 1.5 % ammonium chloride ke dalam ramuan makanan. Ini bertujuan untuk menjadikan air kencing berasid dan melarutkan karang.
f. Makanan mesti mengandungi vitamin A secukupnya

Rawatan

• Secara pembedahan
• Memberi secara oral ammonium chloride ( 0.2 – 0.3 gram/berat badan ) sekurang-kurangnya selama satu minggu
• Penggunaan herba Plantago major Linn yang direbus keseluruhan bahagiannya dan diberi kepada kambing sebagai minuman.




*di ekastrak dari forum PakarTani.com