KG AWAH (KA)AGROFARM

TANJUNG PERANG,KG AWAH,MARAN

No Tel:-0139515858(perus)

0139247824(hana)

0139044681(lie)

solehah_hanaz@yahoo.com (YM)

hanaz4582@gmail.com

Khamis, 24 Disember 2009

KAMBING UNTUK DIJUAL..



salam..
ada 14 ekor ibu kambing untuk dijual..
harga mmg cun..
baka boer...
berminat blh hubungi dan datang ke kandang...

Selasa, 17 November 2009

PARASIT TERNAKAN KAMBING

PARASIT TERNAKAN KAMBING

Mengenali Parasit
Parasit merupakan antara musuh utama ternakan kambing. Kehadiran parasit menyebabkan ternakan mengalami gangguan terhadap sistem pemakanan dan penghadaman makanan (seperti hilang selera makan dan mengalami ceret beret). Sesetengah parasit yang hidup dengan menghisap darah ternakan pula akan mengganggu dan melemahkan fungsi organ dalaman ternakan (akibat gangguan terhadap bekalan darah dan oksigen). Secara umumnya, kehadiran parasit akan melemahkan sistem imuniti ternakan terhadap serangan penyakit, mengakibatkan ternakan menjadi lemah dan gagal respons terhadap sebarang rawatan yang diberikan, dan akhirnya boleh membawa maut.

Parasit boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan kehadirannya pada ternakan:
1. Parasit luaran – kutu dan fungi (penyebab kurap)
2. Parasit dalaman – pelbagai jenis cacing, coccidia, dll.

Parasit luaran - kutu dan fungi
Kutu dan fungi merupakan parasit yang menginap pada kulit ternakan, kutu hidup dengan menghisap darah ternakan tersebut.
Kehadiran kutu dapat dilihat dari keadaan luaran ternakan iaitu:
1. kulit menggelupas
2. ternakan kambing akan tergaru-garu menyebabkan bulu kelihatan tidak kemas, tanggal dan menjadi tipis.

Kesan-kesan serangan fungi pula menyebabkan kurap iaitu kulit berkuping-kuping, mengeras dan merekah. Kurap boleh membawa maut jika tidak dirawat, terutama jika terkena pada bahagian muka, iaitu di sekeliling mata dan mulut, sehingga mengganggu pergerakan dan pemakanan.
Ubat-ubatan: ivermectin, cidectin, dectomax, dll


Parasit dalaman

1. Coccidia
Coccidia merupakan sejenis protozoa (organisma bersel tunggal) yang menghuni perut ternakan kambing. Dalam keadaan biasa, coccidia tidak memberi ancaman kepada ternakan, malah membantu dalam pemprosesan dan pencernaan makanan di dalam perut ternakan. Tetapi apabila populasinya berlebihan dari paras normal, atau apabila kambing memakan dedaun dan makanan tertentu, ia menjadi terlalu aktif dan menyebabkan ternakan mengalami ceret beret yang akut, menjadi lemah dan seterusnya membawa maut.



Bagaimana mengelakkan serangan cocccidia?
Untuk mengelakkan coccidiosis (serangan coccidia), elakkan daripada mengubah amalan pemakanan ternakan secara mendadak. Ternakan kambing alah kepada pertukaran mendadak jenis palet dan dedaun. Jika pertukaran perlu dibuat, palet atau dedaun yang baru harus diberi dalam kuantiti yang kecil dan ditambah secara berdikit-dikit. Elakkan dedaun/rumput yang mengandungi terlalu banyak air.

Juga amalkan memberi cecair anti-coccidiosis di dalam minuman ternakan secara berkala, misalnya sekali dalam sebulan. Cecair anti-coccidiosis merupakan campuran berasaskan sulfur dan lain-lain bahan. Antaranya adalah ‘sulphaquinoxaline’, sulphadiminidine, dll. (Nota: kandang yang dilengkapi dengan sistem paip minuman menggunakan 'nipple drinker' adalah sangat sesuai untuk amalan ini, di mana cecair anti-coccidisis boleh dimasukkan ke dalam tangki minuman secara berkala (iaitu sekali sebulan).


2. Cacing

a. Kumpulan 1:
Terdapat pelbagai jenis cacing yang selalu menyerang ternakan iaitu:
1. Barbers pole worm (Haemonchus contortus)
2. Black scour worm (Trichostrongylus species)
3. Brown stomach worm (Ostertagia species)


Rawatan:
Ubat-ubatan yang dicadangkan:
1. Ubat suntikan dari famili "Mectins" - ivermectin, ivocip, dectomax, dll
2. Cidectin - cecair sapuan pada kulit ternakan

b. Kumpulan 2:
Selain dari cacing biasa, terdapat juga cacing berikut yang agak jarang ditemui, tetapi boleh juga merupakan ancaman kepada kambing yang diternak di lokasi tertentu di negara kita umpamanya di kawasan yang terlalu lembab, iaitu:
1. Nodule worm (Oesophagostomum spp)
2. Small lung worm (Muellerius cappillaris)
3. Tape worm (Monezia species) / cacing pita
4. Liver fluke (Fasciola hepatica) / cacing hati
5. Stomach fluke (Paramphistomum species)
6. Thin necked intestinal worm (Nematodirus)

Cacing hati biasanya datang dari rumput yang dimakan oleh ternakan. Rumput Napier yang tumbuh di persekitaran yang lembab dan berair berkemungkinan akan ditumpangi oleh sejenis siput halus yang menjadi perumah bagi cacing hati (liver fluke). Cacing hati ini akan berpindah ke dalam ternakan kambing apabila kambing tersebut memakan rumput dan seterusnya cacing ini akan meneruskan hidupnya dan membiak di dalam organ hati ternakan yang dijangkiti itu.

Rawatan
Ubat-ubatan yang dicadangkan untuk kumpulan cacing di atas:
1. NILZAN Broadspetrum
2. CHAN Broadspectrum

Pencegahan
Sebagai langkah pencegahan, adalah dicadangkan supaya ubat-ubat dari kedua kumpulan di atas diberikan secara sekali gus kepada kesemua ternakan di kandang dan secara berkala, contohnya sekali setiap 3 bulan. Pemberian ubat harus tidak kurang dari dos yang ditetapkan. Pemberian secara 'underdose' boleh menyebabkan cacing membina daya ketahanan terhadap ubat yang diberikan.

SENARAI UBAT UNTUK KAMBING

Senarai Ubat-ubatan Asas Yang Perlu

1. Antibiotik - Ubat selsema, murung dsb
Contoh: Teramycin LA

Antibiotik merupakan ubat asas bagi penyakit berkaitan selsema dan apabila kambing anda menunjukkan simptom dihinggapi penyakit seperti kurang cergas, kurang selera makan, murung dsb.

Antara jenis antibiotik yang popular adalah Terramycin/LA.

2. Iodin - Ubat luka

Iodin merupakan ubat luka, sesuai bagi bagi luka-luka biasa sahaja. Walau bagaimanapun, ia tidak efektif untuk luka-luka berulat. Disapu atau disembur terus pada bahagian anggota yang luka.

3. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan.


4. Tetravet - Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


5. Cidectin (Pour-On) - Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang boleh menyebabkan ternakan kambing sering mengalami ceret beret dan akhirnya menjadi kurus kering. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang untuk tempoh 1 -2 minggu.


7. Scourban Plus - Ubat ceret beret

Ia adalah sejenis ubat dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral.

RAWATAN TRADISIONAL KAMBING

Rawatan Tradisional untuk Puru, Selsema dan Batu Karang
Sakit Puru

Sakit puru pada kambing boleh dirawat dengan cara tradisional dengan menggunakan cuka makan. Secara klinikal titiskan ubat cydectin pada puru dengan dos yang tepat. Merbahaya jika diberi secara berlebihan.


Selsema

Selsema pula buat dicegah denagn pemberian antibiotik. Secara tradisional, daun Mulberry boleh diberikan kepada kambing (kecuali kambing betina yang bunting).



Batu Karang

Salah satu risiko kambing jantan fidlot adalah sakit batu karang. Samada ianya karang buah pinggang, pundi kencing atau pada salur kencing, potensi itu tetap boleh berlaku. Lebih-lebih lagi jika diet utama kambing adalah pallet 100%. Untuk mengelakkannya, berikan kambing diet yang seimbang dan banyakkan beri makan forage.

Karang terjadi bila ph air kencing meningkat, ataupun dengan faktor chemical dalam badan kambing, mengakibatkan kandungan mineral terikat membentuk kristal dan jika dibiarkan akan menjadi batu pejal.

Kambing yang disembelih ketika sedang menderita sakit karang pada peringkat teruk, berkemugkinan mempunyai daging yang berbau air kencing. Lebih-lebih lagi jika daging tersebut disimpan sejuk beku.


Tanda-tanda batu karang

a. Kambing tidak makan, asyik berdiri yang berterusan
b. Kambing kelihatan mengerang dan pernafasan lebih cepat dari biasa
c. Kencing hanya secara menitis. Atau tidak kencing langsung seharian
d. Pundi kencing dapat dikesan telah membesar dan keras
e. Apabila sudah teruk, kambing menjadilemah dan sukar untuk bangun

Langkah Pencegahan

a. Pastikan ratio antara kalsium dan phosporos di dalam diet adalah 2 : 1
b. Pastikan air minum kambing sentiasa bersih
c. Jangan bagi makan terlalu banyak pallet atau bijirin
d. Tambah 3 – 4 % kandungan garam ke dalam bekalan air minum
e. Masukkan 0.5 – 1.5 % ammonium chloride ke dalam ramuan makanan. Ini bertujuan untuk menjadikan air kencing berasid dan melarutkan karang.
f. Makanan mesti mengandungi vitamin A secukupnya

Rawatan

• Secara pembedahan
• Memberi secara oral ammonium chloride ( 0.2 – 0.3 gram/berat badan ) sekurang-kurangnya selama satu minggu
• Penggunaan herba Plantago major Linn yang direbus keseluruhan bahagiannya dan diberi kepada kambing sebagai minuman.




*di ekastrak dari forum PakarTani.com

Isnin, 19 Oktober 2009

CONTOH PELAN KANDANG KAMBING

>PANDUAN PEMBINAAN PERUMAHAN KAMBING

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

* Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.

* Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing

adalah:

* Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
* Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
* Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
* Tidak terkena angin yang kencang
* Terpelihara dari hujan dan panas
* Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
* Ruang makan dan minum mencukupi
* Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG






PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
* tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab
* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

* Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
* Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
* Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
* Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
Kandang Kambing

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.

Kandang Kambing- untuk 250 EKOR



PELAN 1



PELAN 2



PELAN 3



PELAN 4



PELAN 5

Selasa, 6 Oktober 2009

TENTANG KAMBING

Kambing (bahasa Inggeris: goat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

TABURAN
Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi.


Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas.

Makanan
Kambing merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Pembiakan
Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Tabiat
Kambing amat tidak suka terkena air, sehingga menimbulkan satu peribahasa "Bagai kambing terkena hujan" atau di Indonesia, "Hujan turun, kambing lari". Kambing turut menyumbangkan sumber utama daging terutamanya pada musim perayaan.

Susu kambing

Baka kambing yang boleh didapati di MalaysiaHasil tenusu kambing kini telah dipelbagaikan. Selain sebagai minuman, susu kambing mempunyai beberapa kegunaan lain:

Sebagai ubat:
Demam kuning jaundis
Penyakit Asma (lelah)
Gastrik dan ulser perut
Eczema (penyakit kulit)
Migrain (sakit kepala)
Bahan utama dalam industri kosmetik:
Shampu dan sabun mandi
Krim kecantikan
Mengetatkan Kemaluan Wanita (faraj)

Khamis, 1 Oktober 2009

TERNAKAN KAMBING KAMPUNG

Di KA AGROFARM...
Terdapat lebih kurang 40 ekor kambing.Secara majoriti adalah kambing kampung.
Kambing2 ini dibeli dimerata tempat secara borong dan runcit.